[01 Abd Manaf M Noh ] [02 Abd Mutallib ] [ 03 Ahmad Yaakob. ] [ 03 Azizah Ahmad ] [ 04 M Aris Ahmad ] [05 M Khudzairi ] [ 06 M NorOthman ] [ 07 NorAzah Kumasi ] [ 08 Rubiah Suparman ] [ 09: Suhail M Nor ] [ 10: Ungku Mokhsin ] [11 Zahari M Noh ] [12 Zainuddin M Noh ] [13 Kumasi Dainuri ] [14 Ungku Puteri Irna ]


| Reproduced from http://kupu-kupu.fotopages.com/
my utmost appreciation to
Thursday, 24-Apr-2008 09:50 Perginya Teruna Jaya ... i lost my words! my grandfather, whom i called embah, was diagnosed with colon cancer early November last year. for an 85 year old man, there was nothing the doctor could do to cure him. it was a tough decision for the doctor to make, and after much discussion with other surgeons, the kind doctor finally agreed to proceed with the surgical procedure. he made it clear to all that the main reason he agreed was to ease embah's pain, and to allow him to perform his prayers and speeches at the Masjid, but NOT to stop the cancerous, or send embah for chemotherapy. without that surgical procedure, embah might only stand for at least two months. and with the surgical procedure, embah could have 4 more extra months to beramal. embah was quite well after the first operation (was held on Friday). he continued meeting his friends for prayers, and giving speeches. i visited him in February, he was energetic... and was ready to go for Maghrib prayer at the Masjid. he remembered me, my mom and my maternal gramma, who was with us. sempat jugak dia bace doa utk kami semua, sebelum dia bertolak ke masjid petang tu. tapi sayangnya, i didnt snap any photo! :head_bang: Nov, Dec, Jan, Feb, Mar, and coming April... last Friday the 18th of April, embah went for the second surgery... the procedure which was approximately to end after 2 hours was dragged for 4 long hours. doctor discovered that some blockages and yada yada yada. he was probably in deep pain... that caused him not opening his eyes the whole weekend. papa said that he was stable, but very weak. he refused to open up his eyes, and only responded to certain things. monday the 21st - my grandmother, Tok Puan, was admitted to the same specialist hospital for dengue fever. Alhamdulillah, she was not so badly infected by her temperature was quite high. embah's condition was not so pleasant... he was given drugs to endure his agony. his blood pressure and heart beat were normal. tuesday the 22nd - Papa and Aunty Kane had to return to KL. Papa informed embah that he needed to go back to KL, and would return to visit him on Thursday. embah looked at papa, and closed his eyes tightly... That evening, Papa's sister, Mama Sayang sent out an sms that read "Z dah naik atas tengok K, K dah sedar tengok Z jer..." (Z is Tok Puan, and K is embah - my Tok Puan and embah are far more advance and romantic than S.iti Nur.haliza and Datuk K ok!) wednesday the 23rd - embah became more stable, responded when people talked to him, and even tadah tangan dan ikut when Uncle D (who is residing in the US) recited Al-Fatihah through the phone. He also asked for Papa, and Aunty Kane (who were both back in KL), which my aunty, Mama Sayang replied that both the children would come back and visit him soon. When my cousin, Abang, visited embah that evening. embah thought that he was Uncle D! Embah felt uneasy the whole night. another cousin of mine, Din, did not sleep to make sure that embah did not pull off his oxygen tube, or get out of his bed. thursday the 24th - Mak Uda came to visit embah in the morning. He looked fresh, and smiled to Mak Uda and Aunty Rai. He asked for Tok Puan. Mak Uda told him that Tok Puan would come in a minute (apparently Tok Puan was having her check up downstairs). When Mak Uda saw embah being conscious and full aware of the surroundings, she told embah to perform solat - just solat at his convenience. so, embah closed his eyes, rose both hands with palms facing forward (takbir-ratul-ihram), and place them below his navel (perform qiyam). He was quiet. Both Mak Uda and Aunty Rai were speechless seeing him... There was a light coming out from him, and his face suddenly turned pale. The doctors were called in to check on embah. [ When any calamity befalls, Allah instructs His angels to build a house for His servant in Jannah and to name it "Bait-ul-Hamd" (House of Praise). (Hisnul Hasin from Tirmidhi) Al-Fatihah.... He was taken away with the light.... The souls of the martyrs are in the hearts of green birds; they fly about in paradise wherever they wish. ] and today, we have lost the most precious pearl... http://www.geocities.com/heartland/ranch/9966/kumasi-2.html(Teruna Jaya)! (his pen name...) embah, tok, ayah, ayah ma, tuan haji, haji k.umasi, cikgu k.umasi... May Allah Rest His Soul. His wishes to die on either Thursday or Friday, and die in his prayer were granted... Alhamdulillah! (he was buried on Thursday evening, close to his younger brother - as he wished too!) May Allah Forgive Your Sins And Make You a Place In Paradise... AMEEN! Al-Fatihah! |
Allahyarham
Hj Kumasi bin Hj Dainuri, lahir pada 22-02-1922 dan kembali ke Rahmatullah
pada 24-04-2008. Pada zaman pengaktifannya dalam bidang penulisan sebelum
dan selepas zaman pendudukan Jepun di Malaya, Allahyarham juga dikenali
dengan nama samarannya 'Teruna
Jaya" . Gambar yang diselit ini diambil ketika Allahyarham menghadiri
pameran / seminar penulis-penulis ulung tanahair yang diadakan di Kuala
Lumpur pada tahun 1972. Perhatikan gambarnya telah dipamerkan bersama-sama
Pengarang-pengarang ulung sebelum perang saperti Kris Mas, Arena Wati,
Bustamam, dll.




Extracts from ASAS 50 Website http://asas50.com/Overview1.htm
" The Singapore Writers' Movement '50 (Angkatan Sasterawan '50) or better known as Asas '50 is the first literary association in post-war Malaya. Conceived on the 6 th of August 1950, Asas '50 is also the first literary association which represented the voice of the community and one which utilized literature to be the ideal thrust towards independence for Malaya in 1957. The association's manifesto of “Literature for the Community” together with its pioneers; Muhammad Ariff Ahmad (MAS), Kamaluddin Muhammad (Kris Mas), Abdul Wahab Muhammad (Awamil-Sirkam), Abdul Jalil Haji Nor (Merayu Rawan), Munir Ali ( Rosmera), Kumasi Haji Dainuri (Teruna Jaya), Abdul Majid Husain (Hamzah), Masuri Salikun (Masuri S.N), Abu Yamin Kasun, Ahmad Ramli Abdul Karim (Ramlimah), Muhammad Daud and Muhammad Yusof Yaacob (Jim), formed the main shaping force in the development of Modern Malay literature.
Since its inception, Asas '50 has never deviated from its mission. Evidence of this can be seen in its concerted effort to promote and propagate literature through seminars, workshops, forums, dialogues, courses etc. This is on top of the association's active participation at the national level in amalgamating the richness of the Malay language and literature, by involving the national based organizations as well as youths.
Literature Develops Humanity
An attempt initiated by Asas '50 to absorb the splinter literary groups such as Grup Gelorasa and Pass into Asas '50 was carried out in 1974. A new slogan “Literature for the Community” was coined to provide a mutual understanding and mission amongst the new members of Asas '50. In addition, this slogan was generic and did not have any ideological leanings of any the other previous associations. Thus, the slogan is accepted by all the new members of Asas '50. However, the battleground has changed for Asas '50 as it was no longer fighting for the independence and physical extrication of the community. This time, Asas '50 aim to free the community from psychological and intellectual oppression left behind during the reign of the colonial masters and the Japanese Occupation. ‘Independence' was superficial as the community still glorified the masters to the point of diminishing and trivializing their very own identity. Asas '50's mission is still very much schooled in the concept of “Literature for the Community” even though it has since changed its slogan."
(suntingan dari: Drs. Ungku Mohd Zaman Tahir, Antologi Sastera untuk STPM , ‘KEMENYAN MASIH BERASAP, 1993
PROFIL SUMBANGAN SASTERA
KUMASI: KARYAWAN SERBABOLEH
Penubuhan Angkatan Sasterawan '50 atau lebih dikenali ASAS 50 di Singapura membawa erti yang besar kepada perkembangan sastera dan pendaulatan bahasa Melayu di tanah air. ASAS 5O yang mengutarakan konsep dan tujuan yang didasarkan kepada slogan ‘SENI UNTUK MASYARAKAT' telah ditubuhkan pada 6hb. Ogos. 1950 bertempat dirumah Cikgu Muhammad Ariff Ahmad (MAS)1 No.24, Blok H, Jalan Anderson, Singapura 3.
Perjumpaan yang bersejarah dan penuh keramat ini telah dihadiri oleh 20 orang penulis antaranya Jymy Asmara, Masuri S.N., Awamil Sarkam, Asraf, Rosmera, Hamdan dan Keris Mas. Jawatankuasa protem itu diketuai oleh Ariff Ahmad dan Saudara Hamzah sebagai Setiausaha manakala saudara Keris Mas bertindak sebagai pengerusi.
Perjumpaan dikalangan penulis pada tanggal 6hb. Ogos,1950 di rumah saudara MAS itu secara tidak langsung telah memperkenalkan seorang guru dari Pontian yang berhasrat menjadi karyawan dan akhirnya berjaya mencipta nama dalam dunia penulisan. Penulis mentah dari Teluk Kerang, Pontian itu ialah Tuan Haji Kumasi bin Haji Dainuri atau lebih dikenali dengan nama samarannya 'Teruna Jaya'.
Tuan Haji Kumasi Bin Haji Dainuri dilahirkan di Teluk Kerang, Pontian, Johor pada 2 hb Februari, 1922. Ayahnya ialah Haji Dainuri Bin Haji Othman berasal dari Tanah Jawa Tengah Solo Tiga, Bandung Indonesia. Ibunya Hajah Saleha Bte Haji Alias juga dikatakan berasal dari Jawa Tengah Solo.Tuan Haji Kumasi mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Kerang, Pontian kemudian berpindah ke sekolah Melayu Rambah, Pontian hingga darjah lima. Beliau juga mendapat pendidikan agama di Sekolah Agama hingga darjah khas iaitu darjah yang tertinggi di sekolah agama pada masa itu.
Tuan Haji Kumasi mula menceburi alam perguruan pada tahun 1939 di Sekolah Melayu Serkat Pontian. Tidak seperti Cikgu Shahrom Hussin, Pelopor Drama Melayu Moden dan Cikgu Abdullah Sidek (Allahyarham) seorang penulis yang terkenal dari bumi Johor, Haji Kumasi bukanlah merupakan seorang guru lepasan Maktab Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.Pada masa pemerintahan Jepun, Tuan Haji Kumasi sempat mempelajari Bahasa Jepun di Korenjo Bukit Cagar, Johor Bahru. Kemudian beliau menuntut di Sekolah Tinggi Jepun (Jokio Shinan Gakko) di Kajang, Selangor. Di antara guru beliau pada masa itu ialah Dato' Lokman Musa dan Dato' Yaakub Hitam yang fasih berbahasa Jepun. Lantaran keupayaannya menguasai bahasa Jepun dengan baik rnembolehkannya menjadi guru Bahasa Jepun kepada kakitangan kerajaan di Pontian.
Selepas Perang Dunia Kedua Tuan Haji Kumasi berpindah ke Johor Bahru kerana belajar Bahasa Inggeris. Di Johor Bahru beliau menjadi tenaga pengajar di Sekolah Melayu Ayer Molek. Khidrnatnya yang cemerlang telah mendapat perhatian daripada kerajaan justeru itu beliau telah dilantik menjadi guru besar di beberapa buah sekolah yang terkenal di negeri Johor. Sekolah terakhir beliau bertugas sebagai guru besar ialah di Sekolah Kebangsaan UIu Tiram, Johor Bahru. Beliau bersara dari jawatannya pada lOhb.Februari, di sekolah yang terakhir itu
Penulis dari Teluk Kerang ini mula masuk ke gelanggang penulisan pada zarnan remajanya iaitu semasa beliau berumur 16 tahun. Beliau menggunakan nama samaran ‘Teruna Jaya' . Sepanjang penglibatannya dalam lapangan penulisan, Tuan Haji Kumasi telah menghasilkan cerpen, sajak, puisi-puisi lama, drama dan rencana.
Penulis mentah kelahiran Teluk Kerang ini mula mengukir nama dalam arena penulisan apabila karya-karyanya yang berbentuk puisi mendapat tempat di beberapa dada akhbar dan majallah. Di antara akhbar dan majallah yang menjadi wadah coretan pena tuan Haji Kumasi ialah Majallah Lembaga Malaya yang diterbitkan di Johor Bahru, Warta Ahad, Warta Jenaka dan Hiburan yang diterbitkan di Singapura.
Dalam genre cerita rekaan, Tuan Haji Kumasi telah menghasilkan novelnya yang pertama berjodol "Hidup Melara" disiarkan bersiri sebanyak lima keluaran dalam Warta Ahad. Kemudian penerbitan Annies Johor Bahru telah menerbitkannya dalam bentuk novelet (buku). Menurut penulis, kelahiran novelet "Hidup Melara" ini ada kaitan dengan satu peristiwa sedih yang menimpa keluarganya.
Novelet "Hidup Melara" atau tajuk asalnya "Putar Belit Dunia" mengutarakan tema yang sering disentuh oleh penulis-penulis sebelum perang. Temanya berkisar pada percintaan - cinta pandang pertama. Disamping itu pengarang novelet ini ada menyelitkan saranan agar orang-orang Melayu bersatu padu dan bekerja kuat mencari rezeki. Watak-watak terdiri dari orang-orang biasa khasnya orang-orang kampung yang masih menjalani hidup dengan penuh penderitaan dan kemiskinan.
Dari aspek pemilihan watak apa yang agak ketara dalam novelet ini ialah nama hero dan heroin berpasangan misalnya Hasni dan Hasnah. Dari aspek ini terdapat persamaan antara Tuan Haji Kumasi dan Abdul Rahim Kajai, bapa Cerpen Melayu Moden. Menurut kajian berdasarkan beberapa faktor, novelet Hidup Melara ini dianggap sebagai puncak kejayaan Tuan Haji Kumasi dalam lapangan penulisan. Novelet ini pernah dicari oleh Allahyarham P.Ramlee untuk dijadikan filem malangnya tidak berjumpa.
Selepas "Hidup Melara" lahirlah beberapa buah novelet lain karya Teruna Jaya ini yang diterbitkan oleh Penerbitan Annies Johor Bahru. Buku-buku tersebut adalah saperti berikut:
a) Nasib Hidup Saya. b) Hidup Gadis Bertuah - disiarkan pada mulanya dalam Warta Ahad sebanyak 4 keluaran. Malangnya cerita ini tidak dapat dibukukan. c) Balik Dari Siam. d) Syahid dalam perjuangan - merupakan karya bersama dengan Wan Abdul Kadir bin Ismail (Allahyarham). Novelet ini tidak jadi diterbitkan atas nasihat seorang peguam bernama Encik Jaafar Maridan (Allahyarham). e) Langkah Gadis Yang Bertuah - disiarkan secara bersiri pada mulanya dalam Warta Ahad.
Selepas perang genre cereta rekaan, Tuan Haji Kumasi mencuba pula genre cerpen. Kebanyakkan cerpen yang ditulisnya disiarkan dalam Majallah Hiburan dan Idaman yang diterbitkan oleh Guru-guru Melayu Batu Pahat, Johor. Ketua Pengarangnya ialah Tuan Haji Naim bin Shukran, bekas guru besar di salah sebuah sekolah di Batu Pahat.
Cerpen Tuan Haji Kumasi berjodol 'Masrin Dengan Kawan-kawannya' telah mengharumkan namanya. Cerpen ini telah memenangi tiga pertandingan yang diadakan secara berasingan. Seorang pengkritik sastera Ismail Ahmad telah memperkatakan cerpen ini dari pelbagai aspek dan kritiknya telah disiarkan dalam akhbar Berita Harian.
Mengenai cerpen "Misran Dengan Kawan-kawannya", Tuan Haji Kumasi menulis:
'Saya sendiri sebenarnya berbangga dengan cereta tersebut kerana telah menghasilkan tujuannya. Saya menulis cerpen ini bertujuan menggalakkan kanak-kanak kampung bersunat (berkhatan) di hospital. tidak bersunat cara kampung dan masyarakat sedar akan kebaikan dan kelebihannya'.
Selepas 'Misran dengan kawan-kawannya' Tuan Haji Kumasi menghasilkan sebuah lagi cerpen berjodol "Sehelai Sapu Tangan" yang disiarkan dalam majallah Hiburan.
Dalam bidang drama ketajaman pena Tuan Haji Kumasi begitu dirasai sekali. Beliau telah menghasilkan beberapa buah drama antaranya 'Pahlawan Tanahair' dan 'Meminang Puteri Gunung Ledang'. Drama Pahlawan Tanahair telah dipentaskan pada hari menyambut Hari Kebangsaan UMNO di padang besar Pontian tahun 1958. Manakala 'Meminang Puteri Gunung Ledang' adalah drama sebabak dipentaskan di Panggung Pontian bagi memungut derma kebajikan Islam. Drama ini telah menarik ramai penonton kerana persembahan dan lakonannya yang agak menarik. Tuan Haji Kumasi mengarahkan drama itu sendiri dan dibantu oleh Encik Amin bin Seruan.
Tuan Haji Kumasi ada juga menulis puisi khususnya pantun. Boleh dikatakan kebanyakan puisinya sebelum perang telah disiarkan dalam Warta Ahad. Diantara puisi-puisi karyanya yang tersiar dalam Warta Ahad sepanjang tahun 1940 dan 1941 adalah saperti berikut:
1.Bergirang Teruna Jaya.
2. Bersamalah Lagi Ayuhai Rakanku.
3.Mengapakah Aku?
4. Syabas, Rakanku Perawan.
5. Ingatlah Sekarang.
6.Sebenarnya Bgitu Ayuhai Saudara Kuala Berang.
7.Menagapa Sangat Dibesarkan?
8.Temanku Gadis.
9.Ronggeng.
10.Mengapa Aku Terkenang.
11.Kemana Temanku?
12.Peladang.
13Selamat Utusan Zaman.
14.Oh, Wartawan!
Selain menulis novelet, cerpen, puisi dan drama, penulis kelahiran Teluk Kerang ini juga ada bergiat dalam penulisan rencana. Rencana-rencananya kebanyakan bertemakan kepada menyeru teruna dara supaya berusaha dan berkeyakinan dalam menempuh liku-liku hidup. Karyanya juga membakar semangat perjuangan dan berunsur nasionalisme.
Tuan Haji Kumasi pernah mendapat penghormatan untuk mengelolakan sebuah ruangan yang diberi nama 'Teka Hiburan' dalam Warta Ahad.
Ketokohan Tuan Haji Kumasi bukan sahaja dikenali masyarakat dalam lapangan pendidikan tetapi juga dalam lapangan politik, pendidikan agama dan pergerakan sosial yang lain. Tidak hairanlah budak kampung dari Teluk Kerang ini mempunyai ramai sahabat dan kenalan antaranya Pak Sako (Dr.Ishak Haji Muhammad) dan HAMKA.
Dalam lapangan bahasa, penulis yang memakai nama samaran Teruna Jaya, KUBHAD dan Kalam-Nur ini merupakan antara penggerak bahasa yang aktif dan selain daripada menjadi penaja kepada ASAS 50, beliau juga adalah pendokong kepada Kongres Bahasa Dan Persuratan Melayu ke3 tahun 1956. Untuk beberapa tahun beliau pernah memegang jawatan setiausaha kepada Jawatankuasa Minggu dan Bukan Bahasa Kebangsaan Daerah Pontian Johor.
Teruna Jaya juga bergerak aktif dalam bidang dakwah semenjak bersara pada tahun 1977. Beliau aktif dalam pertubuhan PERKIM Johor, menjadi ahli Persatuan Ulamak Johor dan Guru Takmir di beberapa buah masjid dan surau sekitar bandar Johor Bahru. Walaupun dalam usianya semakin lanjut beliau sempat menulis dan menyusun buku-buku agama antaranya yang telah terbit ialah: Ikhtiar Mendapatkan Haji Mabrur, Doa Arfah, Ke Makam Rasullullah, Doa Witir, Ya Latif, Doa Orang Alim, Sepuluh Selawat.
Dalam bidang politik nama Tuan Haji Kumasi tetap tertulis dalam lipatan sejarah. Sebagai warganegara berjiwa merdeka, Tuan Haji Kumasi amat cergas dalam bidang politik pada awal tahun 1946 khususnya sewaktu menentang gagasan Malayan Union. Beliau adalah diantara pemimpin pemuda yang lantang membakar semangat umat Melayu. Pada masa Almarhum DYMM Sultan Ismail menaikkan bendera UMNO di padang Pontian pada tahun 1946, Tuan Haji Kumasi telah mengetuai perbarisan Pemuda UMNO Pontian. Beliau juga turut sama menyertai Kongres Penubuhan UMNO di Istana Besar Johor Bahru pada 11hb. Mei 1946.
Atas segala jasa dan sumbangan yang telah beliau taburkan dalam lapangan penulisan, dakwah, politik dan kegiatan sosialnya pada tahun 1984 Jabatan Pelajaran (kini Jabatan Pendidikan) Johor telah memilih Tuan Haji Kumasi sebagai 'Tokoh Guru Daerah Johor Bahru'. Penghormatan ke atas anak kampung dari Teluk Kerang, Pontian ini dilanjutkan lagi pada tahun berikutnya apabila pada tahun 1985 Tuan Haji Kumasi telah dianugerahkan dengan gelaran 'Tokoh Guru Negeri Johor'.
Kini usianya semakin lanjut namun begitu Tuan Haji Kumasi masih kelihatan sihat dan cergas. Beliau masih aktif dalam lapangan penulisan. Dalam mengharung sisa-sia hidupnya Tuan Haji Kumasi sentiasa mendampingi masyarakat melalui kegiatan dakwahnya di Negeri Johor Darul Takzim..
(suntingan dari: Drs. Ungku Mohd Zaman Tahir, Antologi Sastera untuk STPM , ‘KEMENYAN MASIH BERASAP, 1993.
Detik2 Perjalanan ke makam.
|
tok-puan... have never seen her this sad |
|
papa and embahs bestfriends |
|
|
he wrote them before he left for Mekkah |
the rain stopped and started drizzling |
|
makam di-raja johor |
he was rested closer to it |
and closer to his brother too |
|
ketika talqin dibacakan oleh Imam Mahat |
ramai sungguh org |
|
|
May Allah rest his soul in Jannah |
and the best place for him is no other than Jannah |
cucu-cucu inilah yg rajin menemani AllahYarham ke masjid |