Tun Dr Mahathir Mohamad

Bersara pada bulan Oktober 2003, Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. Beliau turut dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun.

Satu abad, seribu cerita. Itu gambaran buat insan bernama Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M), seorang negarawan yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 hari ini, 10 Julai 2025.

Dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah, beliau adalah anak bongsu daripada sembilan beradik yang lebih mesra dipanggil Che Det.

Beliau bersekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), Alor Setar sebelum melanjutkan pengajian perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura.

Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri keempat pada 16 Julai 1981 bagi menggantikan Perdana Menteri ketiga Tun Hussein Onn sebelum kembali memimpin negara pada 2018.

Pelantikan Tun M sebagai Perdana Menteri ketujuh ketika itu menjadikan beliau sebagai pemimpin tertua di dunia yang memegang jawatan berkenaan.

Sepanjang tempoh menerajui negara, banyak sumbangan diberikan dengan salah satu legasi terbesar adalah Dasar Pandang Ke Timur selain Wawasan 2020.

Sebagai Bapa Pemodenan, beliau mengubah Malaysia daripada negara sedang membangun kepada pesat membangun melalui projek mega yang fizikalnya mengubah pemetaan Malaysia di mata dunia.

Ini termasuk KLCC, KLIA, penganjuran sukan berprestij dunia seperti F1 di Litar Sepang, PROTON, Lebuhraya PLUS dan Putrajaya.

Wawasan 2020 diilhamkannya pula membawa keyakinan ke atas negara. Begitu juga semangat 'Malaysia Boleh'.

Semua ini juga dilakukannya atas prinsip 'Kepimpinan Melalui Teladan' dengan disiplin diri yang membolehkan beliau kekal sebagai negarawan.

Kini, meskipun usia mencecah 100 tahun, Tun M masih aktif menulis buku, pelbagai platform di media sosial, hadir ke forum dan berkongsi pandangan mengenai pelbagai topik.

Tarikh lahir isteri Dr Mahathir yang sangat setia di sampingnya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pula adalah 12 Julai 1926, jatuh dua hari lagi dengan usia mencecah 98 tahun.

Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah yang melangsungkan perkahwinan pada 5 Ogos 1956 mempunyai tujuh cahaya mata.

Semua tujuh anaknya diberi nama yang bermula dari huruf 'M' iaitu Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.

Hasmah binti Mohamad Ali, commonly known as Siti Hasmah, is a Malaysian physician and civil servant who was the spouse of the prime minister of Malaysia from 1981 to 2003 and again from 2018 to 2020, as the wife of Mahathir Mohamad. In Malaysia,... Wikipedia Born: July 12, 1926 (age 98 years), Klang Education: King Edward VII College of Medicine (1947–1953), University of Michigan, SMK St. Mary, Kuala Lumpur and more Previous offices: Spouse of the Prime Minister of Malaysia (2018–2020), Spouse of the Prime Minister of Malaysia (1981–2003) and Spouse of the deputy prime minister of Malaysia (1976–1981).


Webmaster Kenangan bersama Tun Mahadhir.


Majlis Perjumpaan Bersama Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 18 Nov. 2025