" Nostalgia Medan Selera " - Koleksi Masakan Tradisional.

Menampilkan sebanyak 135 resipi dengan 216 muka surat, ' Nostalgia Medan Selera ' ini merupakan sebuah koleksi masakan tradisional dari Johor, Arab, Jawa, Peranakan dan sebagainya. Yang pasti, resipi negeri Johor banyak terkandung di dalam buku masakan ini seperti ikan masak terutup, telur pindang, roti Mariam, nasi adas, opor merah, acar limau nipis dan banyak lagi.

Buku Nostalgia Medan Selera ini merupakan edisi buku Medan Selera yang ke-4, yang mengumpulkan resipi-resipi terpilih Allahyarham Haji Ahmad bin Yaakub Al-Johori yang amat popular di kalangan penggemar-penggemar masakan tradisional Johor, Arab, Jawa, Cina, India, Peranakan, Inggeris, dan lain-lain sejak awal tahun 50an lagi, termasuklah daripada istana Johor serta masyarakat setempat di kala buku pertama di dalam tulisan Jawi itu diterbitkan pada tahun 1958.

Edisi terbaharu ini mengembalikan nostalgia resepi-resipi hebat Allahyarham, diolah semula oleh cucunda-cucunda beliau sendiri. InsyaAllah Nostalgia Medan Selera ini akan menjadi panduan masakan berguna buat generasi sekarang dan juga yang akan datang.